Welcome to akmal.hussain87

Welcome to akmal.hussain87

Friday, November 14, 2008

"Kamu Mawar Novemberku..."


Kali ni aku nak tulis mengenai bunga. Mengapa bunga??hmm..aku pun tak tau,maybe sebab aku baru dapat sekuntum bunga kot..(.^_^.) Pada pendapat aku, semua wanita macam aku memang suka if dapat bunga, lebih2 lagi kalau dapat bunga daripada orang yang tersayang kan. Jadi, kat sini aku nak nasihatkan kepada lelaki2 di luar sana, bagilah bunga pada buah hati k, tak salah kalau sekali- sekala bagi bunga pada orang yang disayangi, lagipun bukan mahal pun,kalau betul2 dah poket kering, rajin2 lah menanam bunga ,tak pun mintak bunga dari halaman rumah jiran ke kan..hehehe..aku jugak pernah dengar ceramah ustazah ni yang mengatakan kalau kita bagi bunga sebagai hadiah menunjukkan kita menghargai seseorang tu.hmm..dengan bagi bunga kita dapat tengok seseorang tu sebenarnye ikhlas ke tak kan..betul tak??

Aku mmg sukakn bunga, especially rose, tapi ade jugak yang panggil bunga mawar. Terpulanglah nak panggil bunga ni ape pun kn..hihi..tp di sini aku nak bagitau satu dunia yang aku mmg sukakan bunga mawar. Oh ya, my roomate, Zana, she love “mawar” also...Pada aku mawar ni adalah bunga yang sangat unik. Kalau orang lain mungkin melihat mawar hanya sebagai bunga, tapi pada aku, aku dapat melihat mawar itu secara abstrak..wah3..hehe..its not joke really..

Kalau kita lihat, mawar ni adalah bunga yang cantik dan wangi. Bak kata orang, cantik dan harum seperti mawar.hhmm..Baiklah,aku nak mulakan cerita mawar aku ni. Mawar, aku dapat lihat dalam persahabatan. Pernah tak dengar kata- kata “kawan ini ibarat bunga mawar. dipandang cantik, dipegang sakit”. Kata orang, mawar itu cantik. Hmm..semua orang mengakui yang mawar memang cantik. Cantik dipandang. Mcm kawan. Kawan ibarat bunga mawar. Selalunya orang akan melihat bentuk and dari sifat fizikalnya sebagai bunga yang cantik dan menarik. Mawar ni bermacam warna,ada warna merah, pink, purple, kuning, putih, orange, biru,..hmm..ade ke mawar warne biru ek??hihi..tak tau la plaks aku ade mawar berwarna biru..melainkan mawar kertas..hihi.. Kawan adalah cantik macam mawar. Tapi bukan dari segi paras rupa la, kawan cantik kerana kawan ibarat seorang pelukis yang melakar lukisan dalam kehidupan kita. Tak kira la macamane rupe kawan kite, tinggi, rendah, gempal, kurus, bulat, petak, lurus, bengkok, putih, kuning,gelap, and so on lah..yang penting dia adalah kawan kita. Setiap hari kawanlah yang mencantikkan hidup kite. Begitu jugak dengan kawan kita. Kita yang mencorakkan hari- hari mereka. Tanpa kawan, hidup kita tak akan bermakna. Takkan kita nak hidup keseorangan dan kesunyian kn??hmm..oleh itu, hargailah dan sayangilah kawan di sekeliling kita.

Tapi, ade jugak yg kate kawan selalu makan kawan. Ni macam kata- kata tadi la, kawan ibarat mawar. Dipandang cantik, dipegang sakit. Sebab mawar ni berduri, teringat lagu lama “mawar berduri, kusangka madu,racun berbisa, itulah hakikatnya..” hehe..nama pun berduri, so kite kena la always careful, berhati- hati. Kawan ni bukan sesuatu yang pegun, tp abstrak. Bermacam jenis. So, hanya kita yang mampu menilai bagaimana duri kawan di sekeliling kita. Ada yang duri tumpul and ade yang duri tajam. Kalau kita tak mahu kawan kita menjadi duri yang tajam, kita jgnlah mula mengasah durinya. Segala hal, boleh dibawa berbincang. Tapi, biasalah, manusia..mana ade yang akan berhenti dari mencari kesempurnaan. Semua nak kawan yang perfect, tapi kite kene sedar diri kita siapa. (Hhmm.. tibe2 aku teringat seorang kawan, ikhlas nak berkawan dengan dia, tapi dia nampak ragu2 je nak berkawan dgn aku..,sampai sekarang masih mengharap dia sudi ikhlas berkawan dengan aku..). Mana ada manusia yang perfect, tapi siapa pun kawan kita, terimalah dia seadanya. (.^_^.)..

Manusia selalu mengharapkan kesempurnaan dalam sesuatu yangada di depan mata. Kadang- kadang benda yang sempurna sudah ada di depan mata, tapi kerana terlalu ingin mencari lebih kesempurnaan, akhirnya terlepas satu peluang yang sebenarnya terbaik untuk diri. Alangkah indah bunga mawar, belum mekar dijaga dan dibaja. Disiram dengan penuh pengharapan, tetapi setelah ia berkembang, berbahagiakah hidup menjadi sekuntum bunga mawar yang cantik dan harum??hmm..dipetik orang, dicium dan dipuja, tetapi hanya sementara kerana ia pastinya akan layu, kering dan akhirnya hilang tanpa ingatan....

- “Mawar Novemberku”, Akmal Hussain, ppskUSM 2008

1 comment:

Anonymous said...

mmmm nice...mm juah pemikirannya ni...mmm papepon mal da ckp tntg pe eri kwn pda mal...kn...so akir pon dpt rase betapa kawan itu sgt berhrga pad dri kire semua...tata